Senin, 15 Desember 2008

kenshin



Ceritanya mengisahkan seorang pembunuh legenda yang handal bernama Himura Kenshin (atau Hitokiri Battōsai yang bermaksud Pembunuh manusia dan pakar Battōjutsu) yang bersumpah tidak ingin membunuh sesiapa dengan pedang lagi setelah tamatnya perang yang menanam rasa hina dan insaf dalam dirinya. Kemudian, dia tinggal bersama dengan seorang wanita dan mulai saat itu, hidupnya sebagai bekas “battohsai” bermula dengan pelbagai cabaran bersama rakan-rakan dan kekasihnya dalam menghadapi musuh.


Cerita bermula dengan pertemua Kenshin dengan Kaoru di Tokyo. Kaoru ketika itu sedang mencari seorang jejaka yang bergelar Battosai, dan mula-mulanya percaya bahawa Kenshinlah orangnya, namun setelah melihat sifat kecanggungan Kenshin dan sebilah sakabato (”pedang bermata songsang”) Kaoru menafikan bahawa Kenshin ialah pembunuh lagenda yang dicarinya. Sebenarnya terdapat bekas pelajar dojo Kamiya yang hendak membalas dendam setelah dibuang sekolah, lalu tersilap rujuk oleh Kaoru sebagai Battosai. Kaoru ditangkap dan ditahan oleh Battosai palsu itu, tetapi Kenshin muncul untuk emnyelamatkannya lalu menggelar dirinya Battosai sebenar dan menewaskan Battosai palsu dan gerombolannya tanpa membunuh seisapa pun. Dia menggunakan kamahiran berpedang yang kuno tetapi amat berkuasa bergelar “Hiten Mitsurugi-Ryu”. Setelah ditawarkan menetap di dojo, Kenshin bercadang untuk berhenti mengembara seketika dan tinggal dalam dojo itu. Maka bermualnya yang pertama daripada ketiga-tiga arka manga tersebut.

1 komentar: